loading

malay jokes

Brian Lew
A : Beberapa hari ni, saya tengok awak candle light dinner dengan isteri awak. Mesti dia gembira.
B : Tak ada lah, marah pulak dia tu.
A : Kenapa?
B : Kerana saya tidak bayar bil elektrik.
Brian Lew
Brian Lew
Dua orang wanita yang sedang bersembang.

A : "Saya telah bercerai dengan suami saya."

B : "Mengapa?" 

A : "Cuba fikir, dapatkah awak hidup dengan seseorang yang menghisap ganja, minum alkohol, tidak punya pekerjaan dan malas?"

B : "Tak, saya tak boleh terima orang macam nï!"

A : "Sama dengan suami saya, dia tidak boleh terima isteri macam tu..."
Brian Lew
Brian berumur 4 tahun. Ibunya mengajarnya untuk sebut kencing sebagai "nyanyi"jika dia hentak kencing supaya nampak sopan depan orang ramai. Jika Brian hendak kencing, dia akan kata : "Mak, saya nak nyanyi."
Pada suatu hari, ibu Brian membawa dia ke rumah neneknya untuk bermalam selama 2 hari kerana ibunya hendak mengurus sesuata kat tempat lain.
Tengah malam, Brian hendak kencing, dan dia bagi tahu neneknya : "Nenek, saya nak nyanyi." Neneknya sangat letih dan tak ingin melayan cucu dia tu. 
Nenek : "Tengah malam dah ni, Brian nyanyi kat tepi telinga nenek sajalah."
Brian Lew
Ibu : "Ali, apa yang awak lukis ni?! Takda apa apa pun!"
Ali : "Kambing makan rumput, ibu."
Ibu : "Mana rumputnya?"
Ali : "Kambing dah habis makan."
Ibu : "Lepas tu, mana kambingnya?"
Ali : "Kambing dah balik lepas makan."
Brian Lew
Brian Lew
Ali dan isterinya ingin menonton wayang kat panggung wayang. Ali membeli 2 tiket dari kaunter. Tidak lama kemudian, Ali pergi ke kaunter dan membeli 2 tiket lagi. 

Penjual tiket rasa hairan dan tanya : "Encik bukan dah beli 2 tiket ke?"

Ali : "Memang pun. Tapi ada seorang lelaki yang pelik tu koyakkan tiket saya kat pintu masuk panggung."
Brian Lew
Ali jual durian di pasar pagi. Selepas beberapa jam menjual di pasar, akhirnya tinggal lagi 4 biji durian. Datanglah seorang wanita yang ingin membeli durian tu dan mereka telah bersetuju dengan harga durian.

Ali : "Puan, saya rasa saya tak nak jual durian ni lah."

Wanita : "Kenapa pulak ni? Kan dah bersetuju dengan harga?"

Ali : "Kalau dah jual durian ni kepada puan, apa lagi saya nak jual?"
Brian Lew
Terdapat seorang pesakit jiwa asyik menulis surat tak henti-henti. Pada suatu hari, pesakit tersebut meminta tolong jururawat untuk mengirim surat tu.

Jururawat : "Siapa penerima surat ni?"

Pesakit : "Saya lah penerimanya."

Jururawat : "Apakah isi surat tu?"

Pesakit : "Manalah saya tahu. Tunggulah posmen hantar surat kepada saya."
Brian Lew
Ali membeli seekor ikan keli hidup dari pasar untuk dimakan makan malam. Dia menyuruh Melisa menyiang ikan tersebut.

Melisa : "Saya tak pernah siang ikan la. Macam mana ni?"

Ali : "Apalah susahnya, masukkan ikan tu dalam air dan lemaskan ikan tu dululah."

Melisa : "??"